Sunday, December 05, 2004

Mendeka

Cuti semester nie, aku habiskan dengan membuat kerja part time.Kerjanya takla se hebat kerja kerja didalam air cond,tetapi mampu jugakla memberikan pendapatan yang setimpal.Aku bekerja bergelumang dengan minyak,besi besi dan lain lain lagi.Aku bekerja sebagai mekanik part time jer.Cakap senang kan bagus.Apa la. Sudah seminggu aku memulakan kerja.Aku memang seronok habis dengan kerja nie.Lagipun ini bukan first time aku kerja ngan Pck Ahmad nie,dulu dulu pun aku pernah kerja ngan dia nie,jadi takdela kekok sangat,dah biasa.Tapi yg bestnyer ada mekanik baru Ah Foo,dia ni memang baik betul la.Ajar aku satu per satu, memang detail habis.Tapi aku kerja ni ada jugak suara suara sumbang yang terngiang ngiang ditelinga aku nie, apala kejadahnya aku kerja kat bengkel tu,tak sesuai untuk aku.aku buat buat tak dengar jer,ibubapa aku menggalakkan aku kerja tu lagipun aku bukannya kerja ngan orang lain,ngan pakcik Ahmad gak.Walaupun dia agak serius orang nya tapi aku agak senang berinteraksi dengan dia.Aku kerja ni bukannya apa, nak tambahkan ilmu didada ni jer.Aku dah muak belajar akaun akaun,belajar law, management dan lain lain lagila subjek.Apa salah nya aku kerja kat sini,dapat gak ilmu sikit sikit.Cari ilmu tu kan fardu kifayah.Kan dah jadi ustad dah.Aku pun bakal pakai kereta,jadi kan elok kalau belajar, besok boleh repair kereta sendiri dan takdela kena tipu ngan orang.Lagipun aku ada agenda tersendiri,nak belajar sikit sikit camner nak menguruskan bengkel nie,mana la tau satu hari besok ada rezeki nak buka bengkel sendiri.Memang ada terniat dihati aku nak berniaga nie.Aku bukannya suka sangat nak makan gaji.Kalau asyik nak makan gaji jer,bila la Melayu nie nak maju.Nak kena suap jer.Bukan nya aku cakap kerja makan gaji nie tak bagus, tapi sampai bila.Sekarang nie pun dah terlampau banyak Cina yang dah ada empayar diorang sendiri,bila lagi Melayu nak jadi camtu.Tambahan pulak kebelakangan nie aku selalu jumpa ngan Along, sepupu aku,yg mana sekarang nie bergelar usahawan muda,daripada seorang yang agak hina satu masa dahulu tetapi sekarang membuat satu kezutan.Ramai saudara mara aku yang tak suka ngan cara dia,dah berkahwin,kerja takde anak 3 orang jadi cubala fikir.Tapi aku takdela pandang serong kat dia.Dia graduan drpd UK, dan dia punya cakap memang kalah la businessman.Kepala otak dia memang berpusing jer mencari idea.Sampai kan bapak aku pun pernah cakap yang Along ni cakap jer lebih tapi habuk tarak,tapi dia takde la cakapa kat Along depan-depan.Seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tak mahu bekerja makan gaji satu masa dulu tetapi sekarang Rumah ada dua kat Melang tu yang mana kebanyakan majority penduduk nya Cina.Rumah semi-D tu dua menjadi kepunyaan dia.Kereta pulak mata belalang satu Kia Optima satu.Selalu la jugak aku pinjam.Wahahaha.Nak eksyen sikit la.Sekarang baru la terbukak bijik mata sedara mara tengok,tapi dia tetap macam tu jugak.Tu yg aku respek tu.Cakap lemah lembut, low profile.Dia la yg banyak ajar aaku selok belok peniagaan nie, camner nak start,camner nak carik kontrak,pinjam bank la itu la dan macam macam lagi.Ilmu dia nie memang banyak.
Berhenti cerita pasal tu aku nak bukak cerita pasal kengkawan aku plak.Ingat tak aku ada cakap pasal Reunion di Genting tu,nampak gayanya aku rasa terkubur jerla harapan nak berkumpul tu.Aku ada sms Si Hairy yang menjadi koordinator program nie.Katanya takde respon daripada pihak penganjur iaitu si Armi,senyap jer khabarnya.Jadi aku pun malas la nak cerita lagi.Jawab nya jumpa jer la raya tahun depan,kalau panjang umur.Farina dah balik dari Miri dan aku masih lagi tertunggu tunggu cerita cerita sensasi dari Miri.Dia ada call kelmarin tapi aku pulak tengah tidor,dan sebelumnya tu pulak aku tengah memandu.sori la ye Na.Tak sabar nak dengar cerita dari kau nie.Cunna sorry la kalau ko tak dapat tipon aku, call jer la erus takyah mesej mesej dulu.So ok la.

No comments: