Wednesday, September 29, 2004

A bad joke

A woman goes into a department store and tells the salesman she wants a pair of pink curtains.
He assures her they have a good selection of pink curtains in many different fabrics and proceeds to show them to her.
She finally picks out a pink floral pattern.
The salesman asks, "What size do you need?"
"Fifteen inches," she responds.
"FIFTEEN INCHES!" he exclaims. "What room are they for?"
"They are not for a room, they are for my computer monitor," she tells him.
The surprised salesman exclaims, "Miss, computers do not need curtains."
To which she replies, "HELLooooooo.........I've got Windows!"

Sunday, September 26, 2004

Janda yang dahaga

Ada la kawan aku ni hantar aku cerita pasal janda nie.Memang best gak citer dia,mengghairahkan.Jadi korang cuba la baca tapi jangan sampai terghairah pulak. Rilek rilek baca tu..


Janda Yang Dahaga....


Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang jandayang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya. Suaminya mati akibat kemalangan jalanraya. Hasnah masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik dan menarik.Sejak kematian suaminya, hasnah sentiasa diusik oleh jejaka-jejakakampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi teringatkan dan merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi, sunyi dan kegersangan ketika waktu ini, lebih-lebih lagi di waktu malam... rasa sepi hatinya tiadasiapa yang tahu...Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... hasnah bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... hasnah terasa begitu dahaga sekali. hasnah bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur...sampai saja didapur... hasnah terus membuka peti ais dan mengambilsebotol air sejuk.... hasnah tuang kedalam cawan lalu diminumya... Setelah meminum air tersebut.. hasnah kembali kedalam bilik dan tidur semula...Sekian...Terima Kasih. Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........



Wahahaaha, takdela aku sorang jer yang kena tipu,korang pun kena sekali,ada gak kawan.

Thursday, September 23, 2004

Get lost pondan

Tergerak hati aku untuk menulis tentang persidangan Umno yg tengah berlangsung ketika ini.Aku bukannya apa,dah dekat tv sekarang ni sumer cerita pasal benda tu jer.Jadi membuatkan aku terngiau ngiau untuk membuat liputan harian ku.Berdengung telinga aku bila dengar si ketua pemuda pondan tu berhujah,menampakkan lagi kepondanannya dihadapan rakyat.Apa yang ko takut sangat ngan Anwar tu ha.Kenyataan dia tu aku rasa akan membuatkan orang melayu tu akan terus berpecah kot.Walaupun Anwar tu bergelar bekas banduan sekarang nie,tapi kusa dia tu masih jugak ditakuti ramai orang,kenapa ye?Khairy nampak lebih cool sikit,mungkin ada agenda tersembunyi kot.Geng aku cakap masa dia melawat Anwar dirumah dia selepas pembebasan Anwar,dia membawa pesan Pak Lah agar menaiki jet yg disediakan oleh Arab Saudi tu diairport lain selain daripada KLIA.Setakat mana kesahihan fakta tu pun takdapat dipastikan la.Geng aku bagi tau sebab dia masa tu ada dirumah Anwar.Tak tau la aku nak cakap pasal politik ni,dalam politik ni macam macam boleh jadi,yg tak diramalkan pun boleh terjadi.lantak la,tapi aku memang hangin tul dengan ketua pemuda pondan tu.Si Anwar tu pun masa dia dibebaskan takde sebut langsung nak join Umno ni.Orang Umno lak yang lebih lebih.Nampak gayanya lawan tetap lawan la lepas nie kot.

Arghhh bosann tul.Ingat nak ajak Syahrin gi tengok bola kat Paroi Sabtu ni,tapi takde game lak.Kalau ada pun 29 hb.Aihh gi tengok sensorang la aku jawabnya.Takpe,janji sokongan padu.2 hb lak aku nak gi Pusat Dakwah Islamiah Seremban.Ada malam mengingati Palestine,nampak gaya cam best jer imam masjid Pilah cakap.Tak tau la.Kalau ada rezeki aku memang nak pegi,tengok aturcara menarik gak.Pegi la tengok kan dek ada kelapangan tu,lagi pun sesiapa yg tak mengambil tahu masalah orang Islam tu,dia bukan berasal dari golongan orang tersebut.Bukan aku cakap la kan, Nabi cakap la.Kalau tak aku la salah.

Woiii dah la, kebas la tangan.Aku nak tumpukan perhatian kepada satu laman web bestnyer.Chop top.

Adiosss milagro.

Monday, September 20, 2004

Return of the king

Perghhhhh, agak lama aku menyepikan diri.cuti semester sekali gus "mencutikan" aku dari alam cyber.Aku cuba nak mengawal diri aku daripada ketagihan internet.Jari jemari ni pun rasa seperti kelu untuk menekan butang butang keyboard nie. Ni la kali pertama aku online semenjak dari balik dari bercuti hari tu.Lagipun aku nak cek Result kena la online.Alhamdulillah sumer lepas.Aku bajet satu fail ari tu, tapi lepas lak,syukur la.Thank God.Boring betul cuti kali nie,takde apa apa yang best sangat nak dikongsikan.Bila kat Kg. biasala, ketenteraman sehingga membuaikan kan aku bersama angin Kuala Pilah.Hidup aku pun sedamai Kuala Pilah.Handphone,baru hari ni aku onkan,hari tu pun ada aku onkan lepas tu tutup balik.Berpuluh mesej aku terima.Panggilan pertama yang aku terima hari ni agak mengejutkan aku,Farina tipon aku, aku punya la terperanjat,ingat awek mana dah call aku. Dia nak apa pun aku tak taula,dia cakap saja jer.Dia ada bagi tau aku semalam harijadi Taufiq, camner la aku boleh lupa nie,aisehmen sorila taufiq, aku betul betul lupa,anyway,hepi birthday.Hadiah mana.Ko tu umur dah bertambah bukan berkurang, jangan asyik nak menjerit jerit je dalam rumah tu,kalau Farah takpe la jugak.Kuang kuang kuang.Oit Fyena ada apa nak cakap fyena,kasik tau la,kalau aku bleh tolong aku tolong,kalau tak boleh,aku tolong dengar jer la.Dia rindu kat aku la tu kot.Takpe la.


Ali teman aku masa cuti nie,banyak aku habiskan masak kat bengkel dia ngan gi masuk hutan gi ngail."Jom Ngail".Nasib baik ada jugak ikan yang dapat, kalau tak aku humban joran tu dalam sungai jer.Tunggu ikan punya la lama nak sangkut.Lama punya pasal,last last aku ngan Ali yang jadi ikan,mandi sungai la woi.Kuang kuang kuang.Kerja gila betul, lagipun dah lama gak aku tak mandi sungai nie.Last sekali aku mandi masa aku darjah 5.Memang best la masa mandi tu, tapi bila dah naik ke darat, calar balar badan aku kena sebat ngan arwah atuk.Kelakar tul.Aku ngan sapa lagi, Atam and the geng la.Ali memang pandai ngail nie, banyak gak ikan dia dapat.kalah aku.Ali ajak aku masuk Pekida,tapi tah bila bila ntah, aku pun tak tau.Aku memang nak masuk walaupun aku tau buruk baiknya.Tapi aku rasa banyak baiknya terutama sekali bila kita dalam kesusahan.Bapak aku pernah rosak kereta kat Shah Alam.Tak tau sapa nak call.Last last bapak aku telipon Pakcik Ahmad mintak tolong orang orang Pekida,walaupun bapak aku tak berapa kenal.Bapak aku jugak orang Pekida, tapi tak berapa kenal dengan orang Pekida luar.So Pakcik Ahmad bagi contact No. yg nak di hubungi,banyak gak no, yg dia call.Aku ngan bapak aku terkejut bila ramai yang datang membantu.Memang bagus betul walaupun tak berapa kenal dia orang nie, macam dah lama kenal.Lagi pun diorang takde mintak apa apa duit pun.Bawak ke bengkel pun diorang uruskan.Sejak dari tu la aku mula berminat.Tu yg aku suruh Ali bawak aku masuk tu.Bapak aku pulak semenjak dari hari tu mula bersuai kenal dengan ahli ahli Pekida luar dari kawasan N. Sembilan.


Cuti ni jugak banyak perkara perkara pelik yang terjadi,first sekali, pembebasan DSAI dari hukuman penjara. Seminggu sebelum pembebasan dia, member aku yg jugak seorang reformis seperti aku bagi tau aku DSAI akan keluar minggu depan.Biar betul, aku tak percaya,sebab sebelum sebelum ni pun ada gak khabar khabar angin macam nie tapi sumer nya palsu belaka.Tapi kali ni memang real.Tak sia sia perjuangan aku selama nie.Hehehehehe. Jgn marah geng aku ni memang minat politik,lebih lebih lagi bab-bab pembangkang nie.Bukan apa,kalau dah ada pembangkang nie baru la kerajaan tu boleh maju kan?,pada pendapat aku la.Kalau salah sori la.Harap harap pembebasan dia kali nie membawa pembaharuan baru terhadap politik negara.Pergh aku ingat nak jadi PM la.Politik tanahair serba sedikit dah berubah,sekarang setiap malah Ahad dah ada "Debat Perdana" Semalam masuk debat yang kedua.Aku memang kagum la.Aku paling suka bila panel dari parti Pas cakap.Ntahla aku pun tak taula memang dia cakap best walaupun aku ni bukan orang PAS.Arghhh dahla,asyik citer pasal politik jer,marah YB nanti.Tukar tajuk lain pulak.


Real Madrid kalah woi, champions league ngan liga pun kalah.Hampeh tul la.Dah la Zidane kena cuti, bahu terkehel,jem tul. N.Sembilan hari Sabtu kelmarin bertungkus lumus mengalahkan Perak, sori la Baim. Yehaaaa.Comon Negri.Besok lawan MPPJ. Comon hidup Negri.Woi lotih la tulih benatang nie.Aku nak gi makan kuew tiow la kek Benteng. Wokeh chow cincau.



Aku begini,engkau begitu, sama saja......

Wednesday, September 01, 2004

Bukit Tinggi,here I come.

Sekarang aku dah berada di Cyber untuk menunggu Taufiq dan kemudian berangkat ke Bukit Tinggi.Letih kenduri hari tu pun tak abis lagi aku dah tambah letih yang baru.Tapi takpela,bukan selalu, kadang kadang jer.Kenduri hari tu memang best gak.Family aku pun semua puas hati,ye la dapat jumpa sedara mara.Anak anak Makteh aku ni pun memang rapat ngan family aku.Kitorang kalau dah berkumpul mesti gelak jer kerja.Macam macam cerita yang timbul.Ayah aku plak kalau jumpa Abang mesti tak berhenti henti berbual.Abang memang ngam ngan ayah aku sebab ayah aku ada jaga dia masa kecik dulu.So no wondering laaa.Ramai jugak anak Makteh yang parent aku jaga,tolong sekolahkan.Itu juga menjadi penyebab yang aku memang rapat ngan diorang.Memang tak dinafikan adik beradik aku memang rapat dengan sedara belah mak aku terutama sekali Makteh la.Belah ayah aku memang jarang sekali kitorang berkumpul dan ayah aku sendiri pun tak seberapa rapat,bukannya ayah aku ada selisih faham ngan diorang,cuma memang kitorang tak rapat jerla, senang cerita.Sedara belah ayah aku ni sumernye kaya raya dan ada juga yang "bertitle".Itu yang agak menyegankan bagi kitorang adik beradik untuk bercampur dengan diorang.Sepupu aku pun jarang dapat jumpa,mungkin terlampau sibuk kot untuk jumpa ngan kitorang ni.Tapi takpe, Makteh ada, cukupla aku rasa bagi diriku.Ahh dahla pasal citer tu.
Lepas kenduri tu,besoknya aku ngan Atam pegi Bahau repair kereta.Aku bersyukur Atam masih jugak seperti dulu,Nasib baik dia tak lupakan aku.Walaupun dia dah berkahwin,tapi tetap maintain.Bini dia pun sporting,dia paham sangat perangai aku ngan Atam ni.Tengah menunggu kereta di repair, Atam tanya "amacam ada respon tak?" aku plak cakap "respon apa".Ooooo rupa rupanya pasal pengapit perempuan hari tu.Nak sedapkan hati dia,aku cakap aku dah mesej dia tapi takde respon.Atam suruh aku mesej dia lagi, aku cakap takpe la,lain kali je la aku mesej.Dia suruh gak.Aku sebenarnyaa malas nak libatkan diri dalam hal hal camni lagi.Last last Atam ambik tipon aku terus dia hantar mesej.Aku dah jem.segan tul aku.Mesej tu plak 5 minit kemudian dibalas.Atam siap tipon bini dia suruh telipon pengapit tu tanya,ada dapat ke mesej aku tu.Aku cakap ni dah kerja karut nie.Aku buat buat layan jerla,buat sedapkan hati Atam tapi sebenarnya aku belum ready lagila.Aku kalau ngan Atam memang aku segan betul.Aku ikut jerla apa dia suruh.Tapi lepas ni malas la aku nak mesej.Pandai la aku carik alasan lain nak kasi tau Atam.Aku kalau setakat nak buat kawan tu ok la lagi, no hal jer.Atam-Atam, pening kepala aku dibuatnya.
Hai si Taufiq ni mana pulak ni, tak sampai sampai lagi,silap silap besok baru pegi Bukit Tinggi kot.Tapi ok gak, bley aku belasah main PS2.Capa pasal PS2, aku nak turun gi main la.Ok
Chioooowwwwww.