Friday, March 25, 2005

Nothing

Masih dalam mood tidak mahu mennulis ataupu masih belum ada idea untuk mencoretkan apa apa dalam blog ini.Banyak perkara yang berlaku kebelakangan nie.Tapi aku belum bersedia mahu menulis.Aku baru saja selesai menonton citer "sepet".Citer yang memang best.Dijamin 100%. Sapa sapa yang belum tengok tu pergi la tengok.It was beyond my expectation.A great story telling.
Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, March 02, 2005

Hari hari yang semakin sukar

Phheeewww. Setelah sekian lama aku mengabaikan tanggungjawab aku kepada blog ini,akhirnya aku berjaya meluangkan masa untuk bersamanya seketika.Memang aku tidak dapat menjejakkan kaki kesini lagi atas urusan urusan yang terlalu banyak untuk aku selesaikan,penuh dengan exam, presentation, assignment dan lain lain lagi hal yang bersangkut paut.Semester ni ku rasakan lebih tertekan sedangkan aku hanya mengambil 2 paper sahaja. Satu paper yang ku bawa tu merangkap 4 paper bagi diriku.Hantu betul lecturer tu.Hampir setiap hari aku terpaksa mengadap mukanya yang tua kerepot tu.Macam macam taik minyak yang disuruh buat.Dia juga dengan tidak malu memaki hamun kita orang seperti anjing.Ada saja yang tidak kena dengan kerja kerja yang kami hantar,sedangkan kami telah melakukan pembetulan yang dia sendiri telah membetulkannya.Aku memang tak paham dengan orang tua nie.Tapi apa yang boleh di buat,dia ada kuasa,sabar je la.Tapi pernah jugak aku meng"sound" dia.Aku kata dia mengajar dengan cara yang luar biasa yang buat kitorang tak paham apa sebenarnya yang dia mahu.Gila. Ada juga rakan rakan seangkatan ku yang juga meng"sound" dia.Aku risau jugak kalau ada efek terhadap diri ku kelak.Tapi aku rasa orang tua ni bukan jenis yang "marking" orang.Hope so.
Tinggalkan cerita tu,kembali ke hidup ke semula.Banyak saat saat manis yang telah aku lepaskan.Reunion di Genting, tak dapat aku menghadirkan diri.Maafkan aku kawan kawan,bukan sengaja aku tak mahu menghadirkan diri.Aku memang dah bersiap sedia nak pegi kesana setelah selesai exam aku pada tengahari tu.Tapi malangnya,selesai jer aku exam tengahari tu, pakcik aku telefon aku,dia ada kemalangan sikit di Kajang.Aku dengan serba salah nya tak tahu nak buat apa.Dia mintak tolong aku untuk menguruskan keretanya.Enjin keretanya blow. Dia ajak aku mencari kedai potong kereta untuk mencari enjin baru dan pasangkan terus supaya dia boleh meneruskan perjalanannya ke Penang.Nak tak nak aku terpaksa membantu pakcik aku tu.Dia mengharapkan aku,aku taknak kecewakan orang yang berharap dengan aku.Terpaksa la aku membatalkan rancangan ku untuk naik ke atas bukit tu.Pukul 9 malam kereta pakcik ku siap di repair.Susah betul nak merepair kereta Peugeot dia tu, terlampau banyak sangat benda yang berasakan "intelligent device",gila betol.Semua pakai wayar jer.Pening kepala. Kalau tak mungkin dah siap lebih awal lagi. Dengar ceritanya memang gila happening diorang disana. Jealous rasanya aku tak dapat bersama ke sana.Nak buat macam mana, dah takde rezeki.

Dudukla aku di Cyber di hujung minggu tu, cukup membosankan.Aku memang jenis tak suka duduk kat Cyber masa hujung minggu.Tension betol aku hari tu.Housemate aku lainla, diorang memang biasa meng"hibernate" kan diri aka tidor satu hari suntuk.Aku tak dapat la jack.. Nasib baik adik ada menemani aku,hilang la jugak boring aku.Tak cukup ngan sms, telipon plak, memang gila aku nie.Semenjak aku ada hubungan ngan dia nie, baru sekali aku keluar secara rasminya dengan dia.Walaupun sekejap je jumpa tapi rasa macam macam yang dibulakan malam tu. Keluar pun bukannya lama, 2 jam jer.Tak nak la bawak anak dara orang keluar sampai ke tengah malam.Tak best la.

YB, Onen, mana ko semua. Mungkin masing masing sibuk dengan tugas masing masing kan.Sabar je la,kerja la dengan gigih. Bila dah kerja ni memang banyak tanggungjawab yang kena bawak kan.Onen sorry la aku termaki ko hari tu.Aku bukan apa,dah lama tak jumpa ko.Tu jer,bila ko tak dapat dtng, tu yang rasa terkilan tu,bukan aku sorang jer kengkawan ko dulu sumer tanya.So anyway, please forgive,janganla sebab tu ko nak buang kawan kot.Oraito.Bila lagi kita bershutooooo niee.Aku rindu kan zaman zaman tuuuu......

Agak letih la aku nak membebel lagi.Kepala aku agak sakit jugak,mungkin kena air hujan petang tadi la nie.Aku memang lemah bila kena air hujan nie, tambah tambah air hujan di bandar,kalau di Kg tu aku tak kisah sangat, siap boleh mandi hujan lagi.heheheh