Saturday, July 31, 2004

Minggu bersukan

Minggu bersukan.....


Minggu ni, minggu bersukan bagi ku. Hari tu main badminton kat Putrajaya, main ngan chort,Adam,Ucop,Azam ngan klik klik biasa aku la.Kalau ada Taufiq mesti lagi best.Kitorang dah mula nak rapat ngan budak FCM tu. Tadi lak gi main basketball sampai ke maghrib,punya lalesu badan aku malam nie.Tapi takpe la, segar skit badan. Semalam Pokko balik gi kelas,tapi lepas tu balik balik Kuantan, apa la projek dia kat sana kot.Mesti ada yang best aku rasa.Boring gak aku dia ni takde kat sini.Kalau tak bley gak aku kacau kacau dia.Letih tul hari nie,pas Sembahyang JUmaat tadi gi temankan dia gi hantar keter gi repair.Power window dia rosak,apsal la Waja punya power window tu pakai plastik,heran betul aku.Mahal lak tu, tah apa apa ntah.Proton biasala masalah camtu,kira standard la .Malas la nak menulis malam nie, lagi pun aku tngh main yahoo pool ngan baim ngan Jalil, lain kali sambung la.


Ok Chow..

Thursday, July 29, 2004

Tilik Nasib

Tilik Nasib...


 Malam ni ntah apa punya gila aku join bebudak ni main kad. Main punya main sampai boring lepas tu bebudak ni main tilik nasib pulak pakai daun terup tu.Aku, Sopie, Baim,Heikal,Chort,Adam,Ucop pun cuba la tengok nasib.Tok dukun dia Dol ngan Jalil.Tilik nasib ni pasal jodoh je.Aku pun test la nasib aku.Aduh kelakar betul la.Bebudak nie cakap buleh tahan jugak la assumption dia tu,kira kena dengan diri dia la. Aku punya tilik pun boleh tahan gak, memang boleh pakai la.Nak percaya sangat pun buat apa kan. Main main je la.Saja je boring dah takde kerja.Tapi memang kelakar dan memang best.Aku ingat si Dol ngan si Jalil buleh tukar Master Chin dekat CM tu la.Si Master Chin tu pun ak bley carik makan kot.

     Wahahahhahahahha.
     Tilik tilik jugak,tapi jangan la over sangat kan.

Gracias....Graciass.......



Tuesday, July 27, 2004

Sapa berani Buat

Sapa berani buat? 

  
 
Ada sapa sapa yang tau bikin chop top nie, kalau ada contact aku. 





Tidak ada menggunakan special effect di sini ye.




Friday, July 23, 2004

Bangang

                    Semalam aku betul betul jem. Sakit kepalo betul aku dibuatnya. Ntah apa yang tak kena pun aku tak tau. Petang semalam aku tengok result test aku, aku gagal dngn cemerlang nyer. Macam babi. Tapi takpe la, aku tahan je la.Nak marah marah pun tak guna. Lagipun masa test tu aku dapat jawab 2 setengah soalan je daripada 4 soalan. Memang jembalang tanah btul. Aku tak salahkan sesapa pun,salah aku jugak. Tapi aku risau gak, aku tak mau peristiwa masa aku ambik diploma dulu berulang balik.Aku pernah bercuti 2 sem sebab tension sangat. Satu sem aku buat mcm aku pegi kuliah macam biasa, tapi sebenarnyer aku buat keje lain. Merayau tak tentu arah ngan keter buruk aku tu. Tapi aku bersyukur pasal aku tak terlibat ngan kejer kejer haram. Sampai satu masa tu aku tak boleh tahan nak menipu orang tua aku, aku pun terus terang ngan diorang.Apa lagi macam macam yang keluar dari mulut diorang,tapi aku tak melawan pun dan aku tak akan melawan.Aku biar je diorang marah aku tapi lama lama diorang pun paham.Aku dikehendaki mengambil cuti satu sem oleh koordinator aku. Aku pun cuti la satu sem duk kampung. Duk Kg aku betul betul relax, tenang kepala otak.Aku kalau duk KL ni tak tau la nak cakap, sakit hati je memanjang. 
   

                Petang tu aku chow gak, niat dihati nak balik Kg. so Taufiq pun antar aku kat stesyen komuter, tapi last last aku gi KL jumpa sepupu aku.Dia ni memang sepupu aku yang paling best, paham masalah aku, tak kira la dari masalah kewangan hingga ke masalah peribadi.Dia memang BEST.So aku pun pi KL.Sampai KL aku turun kat CM,saja je, dah lama tak pie sana lagi pun aku nak pi cucuk duit skit.Dah kering.Pas tu aku ronda ronda la kat CM tu, punya la setan mana paw aku.Gampang,sial,celaka,lancau betul mamat dua ekor nie.Dia ingat aku ni anak orang kaya ke.Babi punya orang.Kalau ikut kan hati aku nak terajang jer dia kat situ,tapi dia lak dua orang pastu pakai pisau lak, aku pun pikir dua kali nak melawan,kang tak pasal pasal mampos lak aku kat tepi jalan tu.Aku malas la nak gadu gaduh nie,ada pepatah mat saleh mana ntah cakap "the best victory in war is no war". KL ni pun bukan bley percaya sangat.Perkara bunuh membunuh ni dah jadi rutin harian diorang kot. 
    
  
             Aku memang hangin betul, dah la petang tu aku dah jem ngan result aku tu, pastu timbul lagi masalah.Allah, seksa betul aku dibuatnyer.Kalau aku balik Kg tadi terus mesti tak jadik punya hal nie.Aku dah malas nak pegi cucuk duit, banyak tak banyak 100 aku lesap macam tu jer.Nasib baik la handphone aku dia tak kebas, wallet aku dia tak ambik dia ambik duit jer.Kebetulan pulak sepupu aku tu call aku, nasib baik la dia call aku suh aku datang ofis dia.Aku pun berbekalkan duit duit syiling, naik LRT gi KLCC jumpa sepupu aku tu.Aku dengan kepala otak beserabut ajak sepupu aku balik Kg. terus.Mula mula tu memang aku malas nak balikKg. tapi dah hari tu aku rasa cam sial jer.Aku pun ajak la dia balik.Dia follow jer, memang di ni baik hati betul la. Malam tu jugak aku cabut ke Kg dgn sepupu aku tu lepas dia habis kerja.Bulan 8 ni dia nikah, aku plak yg jadi bestman dia tu, boring betul la aku bab bab macam nie.Tapi buat jerla, dia pun banyak jasa kat aku, tak terkira. Lepas kahwin ni tak tau la,macam mana aku punya relationship ngan dia.Mungkin susah kot nak jumpa dah,terkontang kanting la aku jawab nyer.Balik Kg. ingat bley relax, tengok tengok mak aku mintak tolong buat kerja ofis dia,aduh letih betul, tapi aku buat jer, kalau aku tak tolong sapa lagi nak tolongkan. Lagipun dapat pahala, letih pun tapi aku puas hati dapat tolong dia. 
     

               Dah la, aku rasa macam malas nak tulis lagi la, mood aku tak berapa elok lagi ni aku rasa,tapi aku tak pernah tunjukkan kat orang.Aku rasa orang tak pernah tengok aku masam ke,menangis ke merajuk ataupun apa je.Orang hanya melihat aku tersenyum aje. Aku bukan apa tak mau orang lain terlibat ngan masalah aku, tu jer.Mungkin orang akan terperanjat ngan apa yang aku tulis kali ni kot.Tapi relax, jangan takut,aku takkan marah korang nyer.
  Dah laaaaa, bosan laaa.    

                  BAAAAAAABBBBIIIIIIIIIIIIIIIIII
  




Wednesday, July 21, 2004

Beatle

 

 
    Beatle 1964.......

  Kereta pertama yang pernah ku gunakan lebih kurang 5 tahun lamanya dengan hasil titik peluh ku sendiri.Tapi gambar kat atas tu bukan gambar kereta aku la, aku punya gambar tak scan lagi la, scanner takdak, nanti kalau ada masa aku sumbat la.Korang mesti tak percaya kalau aku cakap aku beli kereta ni dulu Rm1600 jer.Keadaanya berbaloilah dgn harganyakan. Tapi aku tetap puas hati. Lepas beli aku habis kan masa lebih kurang 3 bulan me "restore" kereta ni balik. Walaupun aku hantar buat kat workshop member, tiap tiap minggu aku balik kampung untuk tolong member aku ni.Aku lebih suka buat sendiri, puas hati dan boleh ikut suka hati nak usik mana pun. Masa aku banyak habis kat kereta ni daripada aku belajar, diploma masa tu.Dah la ambik course DIA, tak sesuai langsung ngan jiwa aku nie.Ok, bila sumer bahagian body dah siap repair, bahagian enjin plak aku belasah.Bahagian enjin nie memang aku buat sendiri atas didikan pakcik aku tu.Aku pun tumpang guna bengkel dia kat Melaka.Ke Melaka la pulak aku berulang,tapi takpa aku tetap sanggup, mak bapak aku pun risau tengok aku.

 
         Genap 3 bulan, siap la project car aku, tak la seberapa hebat. Walaupun tak seberapa hebat banyak gak duit aku melayang, kengkadang aku terpaksa paw mak aku.Hehehehe, sori ma.
Bila dah siap, aku pakai keter tu bawak balik Shah Alam. Kisah aku tak abis kat situ, mcm mcm kelab aku follow. Member aku pun aku pancing suruh beli, dia beli gak, apa lagi project ke-2 la ngan member aku.Masa aku pakai keter ni aku betul betul banyak pakai duit, aku tak bley tahan bil pegi kedai sparepart VW kat PJ tu.Gila aku...... Tapi takpe, kepuasan tu yang aku mahu. 3 tahun aku belajar lepas tu aku dapat sambung study kat Uni. Of Central Lancahsire sebab aku mintak kat British council tu, tapi sayang nyer aku tak dapat sponsor. Part ni laa yang paling pedih bagi aku, aku terpaksa menjual kereta aku tu menampung sikit lagi duit aku yang tak cukup. Separuh orang tua aku sponsor.Aku malas nak suruh parents aku sponsor semua sebab bukan aku sorang jer yang nak sambung belajar, adik adik aku pun punya cita cita.Jadi aku terpaksa berkorban.Berat hati aku nak jual kereta aku tu yang masih dara. Semenjak aku pakai kereta tu, tak pernah seorang perempuan atau aweks pun yang aku bawak kecuali mak aku. Aku betul betul fall in love with that little car. Orang cakap kereta tu buruk tapi takpa "It's ugly but it gets me there".. Aku terpaksa akur dgn keputusan yang aku terpaksa lepaskan kereta tu. Aku jual kereta tu dengan harga RM18000. Hancurnya perasaan ku ketika itu, tapi apa kan daya demi mengejar cita cita. Berbalik kepada cerita British Council tadi, punya la celaka, tempoh pengajian aku ditambah lagi setahun,bermakna bertambah lagi belanja nya. Dah la tiket flight aku dah beli. Memang celaka. Aku frust gila. Fade up. Malas aku nak pegi dah, kat sini dah kelam kabut, kat sana ntah macam mana pulak. Kecewanya aku, last aku sambung degree kat sini gak. Yang sedih nya kereta aku hilanggggggggg.!!!!!!!

 
      Takpa lah, ini sumer ada hikmah nya kot bak kata orang. Tapi aku macam tak percaya.Mak aku punya kesian tengok aku,macam macam dia nasihat.Aku terpkasa gak terima hakikat, kereta aku dah takde.Susah senang aku bersama kereta tu tak dapat aku lupakan. Aku sayang kereta tu lebih daripada diri aku sendiri. Tapi apa boleh buat, semua tu tinggal kenangan. 

     Aku akan menggantikan kereta itu kembali, itu yang pasti, Insyaallah.... Bersabar je laaa











Thursday, July 15, 2004

Lawak kelakar..

Aku ada terbaca lawak ni tapi dalam bahasa Inggeris. Aku ubah ke bahasa ibunda ku. Selamat membaca.

Seorang hamba bertanya kepada tuhan "Agak-agak 1 juta tahun bagi manusia tu, berapa lama nilainya di sisi tuhan?".Tuhanpun jawab " 1 juta tahun itu bagiku hanya seminit sahaja". Hamba bertanya lagi "Kalau 1 juta ringgit tu berapa pulak nilainya di sisi tuhan?". Tuhanpun jawab "1 ringgit aje". Hambapun memohon "Boleh beri hamba 1 ringgit?". Tuhanpun jawab "Awak tunggu seminit ye".

Agak2 berapa lama hamba tu akan dapat duit tu?

Change

Aku ni dah mati ke? ada orang ingat macam tu. I was in very good health, without any sense of my old pain. Orang tu pulak, orang yang paling lama aku tak jumpa. Tiba tiba je dia boleh tanya aku macam tu. Apa maknanya ha. Macam lawak je. Ntah laa. Macam macam hal bley jadi. Rasa malu pun ada, marah pun ada. Be glad.. or be bad Aduhhhhhhh. I'm fckin depressed....
Tapi biar je la.. Sabar. Nanti aku tulis lagi la.
Boring la tak de mood. Minggu ni aku nak balik kg. la, pasal minggu lepas tak balik, sebab gi jumpa asha kat klcc. Lawa tul minah tu. Masak pun pandai gak. Wahahaha.
Chow.
Speechless

Thursday, July 08, 2004

Blank

Kembali bertemu...

Setelah agak sekian lama menghilang, aku kembali semula untuk menulis. Portugal dah kalah, duit banyak dah habis, macam banyak je bet aku nie. Sudah la, dah kalah, apo nak dikato. Aku sekarang ni agak kelam kabut dengan urusan pembelajaran, penuh dengan test, assignment dah segala macam mak nenek lagi. Letih.. tu yang mampu ku ucapkan. Aku dah tak sabar nak tinggal kan alam universiti ni. Rasanya dah cukup lama aku belajar, dari sekolah rendah, menengah sambung diploma dan sekarang nie Ijazah. Aku betul betul penat dan kadang kala tu aku rasa fade up gak. Subjek tingaal 3 je lagi tapi rasanya macam rasa tinggal 30 subjek je. Aku rasa macam diri aku ni tak menghasilkan apa-apa product. Sabar je laa, tapi sampai bila boleh aku bersabar agak nya. Aku rasa pun aku dah banyak bersabar dan aku tak tau limit untuk aku bersabar lagi.Bila la agak nya aku nak menuai hasil diri aku nie, ataupun aku tak akan merasaikannya. Duit dah la takde, nasib baik la baru baru ni aku ada buat part time skit , dapat gak aku duit blanjer sikit. Kerja bergelumang dengan minyak dan bermain dengan besi besi yang memang aku gemari. Walaupun penat, kepuasan aku rasai tu tak dapat nk dibayangkan
Tapi takpe, teruskan bersabar sampai lah aku hilang sabar, yehaa. Tuhan, bagi la aku power untuk hidup nie. Mom, dad, keep supporting. Aku perlukan kekuatan. When the day has come , i will be ...... . Just don't let yourself go.

Wokeyyyyyyyyyy............ chow, rock and roll will never die.

Thursday, July 01, 2004

Portugal Vs Holland Semi final

Aslmkm..

Sekarang nie aku tengah menunggu team kebangsaan aku Portugal untuk berjuang habis habisan dalam perlawan semi final Euro. Akan bermula dalam jangkamasa 10 minit dari sekarang. Sekarang ni pukul 2.30. Mengenai penulisan aku yang sebelum nie, ku mintak ampun la kalau ada orang yang mati keletihan membaca blog aku yang ada kat bawah nie. Aku bila tak normal mula la menulis dengan penuh merapunya, bila aku dalam keadaan sedar, aku akan menulis pendek jer. Bila dalam keadaan separa sedar je aku akan menulis macam menulis cerpen. Jadi aku rasa sampai sini je la penulisan aku kali nie, sebab game pun dah mula. Doakan perjuangan Portugal wahai portugis portugis sekalian. Portugal buleh.

Wasalam.........