Tuesday, November 23, 2004

Kembali

Wooow, agak lama aku tidak mengupdatekan benatang nie.Maklumlah raya sakan.Eaah takdelah.Cuma masa memang tidak mengizinkan untuk aku mencoret kenangan disini.Aku menulis sebaik sahaja aku selesai menduduki "final exam".Dengan keadaan yang agak terkebil kebil lagi disebabkan tidak cukup tidur, aku kuatkan semangat untuk tetap jugak menulis disini.

Banyak cerita ceriti yang hendak aku sampaikan disini,ada yang gembira,sedih,terkezut dan macam macam lagi.Cuti raya seminggu memang dihabiskan untuk beraya sakan dan bukannya untuk mentelaah,Raya kali nie aku tak lagi pergi beraya ke Shah Alam rumah Tok aku,nasib baik kalau tak bosan gilosss.Bukan apa, takde rasa macam raya kalau pergi Shah Alam tu.Tok aku kali ni beraya di Kg dan begiu juga makcik makcik aku beraya diKg tahun nie.Selepas setel beraya bersama sanak saudara,tiba giliran untuk beraya bersama rakan rakan di Kg.Tak ku sangka sangka raya kali nie memang beraya habis.Ramai bebudak yang lama tak jumpa,jumpa la masa raya nie.Armi, ko masih lagi macam tu,aku agak kecik hati ngan dia sikit.Masa kat umah Cunna,soalan pertama yang keluar dari mulut dia "ko dah kerja ke belum",Aku tau la aku agak ketinggalan sikit,taula ko tu dah kerja.Tanyala khabar ke,sihat ke, apa ke ,ini takde melulu jer.Lantak ko la Mi.Aku malas nak layan sangat,Tapi aku buat macam biasa jer,takdela aku nak tunjukkan kebenganngan aku kan.Takpela tu hak dia kan untuk tanya aku,jawab jerla..Cunna terima kasih untuk satey R&kK hari tu.Best gilos.Mulox makan sampai balik longgarkan seluar.Kuang kuang kuang.Keesokkannya pulak berhari raya ke rumah rakan yang lain lain.4hari diperuntukkan untuk berjalan raya.Satu lagi ura ura yang diorang nak buat ialah mengadakan perjumpaan old boys TMS kira girl sekali la. Perjumpaan pertama nak buat kat Genting terus, mampu ke.Aku takpe, Taufiq ada kan, tul tak Tofiq.Hehehehe.Apa apa pun mintak mintak jadila program yg nak dibuat nie,sebab masuk nie dah 3 kali dah aku rasa aku dengar ura-ura nie. tapi tak jadi jadi gak.

Taufiq selamat hari Raya walaupun dah seminggu berlalu.Aku ada sms ko tapi tak tau no. phone ko yang baru tu.Maafkan aku.Sorik yer.Lagi satu pasal kes blog ko tu, aku harap ko sabar jerla.Apalah yang diorang takutkan sangatkan?Pelik pulak aku.Kalau tak salah buat apa nak takut kan?Rileks jer.Sapa makan cili,dia la terasa pedaskan?Berapa banyak soalan daa.Aku mula mula tu agak terkejut gak bila pokko call aku malam tadi,aku ingatkan main-main.Tapi memang betul.Dari gaya Taufiq cerita, bunyi pokko agak risau jugak tapi aku percaya ko takkan menyerah kalah.Itu sumer benda kecik jer kan.Lama aku tak jumpa ko,bebudak rumah nie pun sama,sumer tanya pasal ko.Bila la nak belanjar kitorang makan besar.Kerja besar dah ada.Hehehehe.Anyway sabar jer, dan apa apa berita terkini jgn lupa kasik tau sama aku.ok?

Buat Cunna pula, aku tak paham la nak cakap apo.Woi dah dah la tu berayo kek Miri tu, balik la Kg copek.Buat apa duk sana lelama..Tapi hadiah jamgam lupa boli tau.Hari tu ko ada suruh aku baca blog ko dan suruh komen sekali kan.Tak taula nak cakap camna.Satu je soalan dalam otak yang bermain.Ko kurus sebab apo.Betul ke pasal diet ataupun ko terlalu memikirkan masalah tu.Kalau sebabkan masalah tu ko bley jadi kurus, aku ingat lebih baik ko pikir kan botul botul la.Jangan sampai merana badan.Ko dulu punya semangat sekarang boleh jadi setaraf ngan Fizah plak.

K laa. nenanti sambung lagi la.Mata ni dah agak jem nie.Maklumla tak tido dari semalam.Ok c u.Dan satu lagi sebelum aku terlupa, Onen mana ko pergi, selamat Hari Raya woi.

Wednesday, November 03, 2004

Apa apa lah

Agak lama aku mendiamkan diri,mungkin dibulan Ramadan ni aku lebih banyak beramal ibadah kot.Bulan puasa ni aku banyak habiskan masa di Kg. Seminggu aku bercuti di Kg. Walaupun aku ada kelas yg patut aku hadiri, tapi apakan daya aku tetap ponteng atas alas an ada exam MUET. Satu exam yg membosankan,sudah agak sekian lama aku meninggalkan alam menulis cerita cerita pendek nie.Dah la tajuknya pun tak best langsung.Pasal masalah remaja je, takde tajuk lain ke nak bagi.Aku ni pun bukan nya perfect sangat nak cerita pasal masalah masalah remaja nie, aku sendiri pun bermasalah.Lagipun bila orang yg bermasalah nie menceritakan lagi masalah orang lain aku rasa lagi bertambah masalah nanti.Ntah lah, lantak la MUET tu janji aku dah berjaya mengharunginya.Aku rasa banyak lagi yang aku tak buat, tapi aku akan terus belajar dan belajar.Hari raya lagi berapa hari jer lagi dari sekarang, bulan puasa ni aku rasa banyak perubahan yang aku dah lakukan terhadap diri aku sendiri dan aku harap aku akan terus begini.Aku rasa cukup sabar kot.Mungkin disebabkan oleh Dia aku berubah.Aku sedar aku dah banyak menyusahkan orang lain.Aku tetap masih tak paham diri aku sendiri, aku takde niat pun nak lakukan benda benda camtu kat korang.I wish I could take it all away Aku rasa ada sebahagian daripada diri aku yang korang tak tau dan mungkin aku sendiri tak tau..Mungkin ni la sebabnya aku kena buat sesuatu yang baru.
Raya semakin hampir, tak tau apa yang aku nak buat cuti nie. Seminggu selepas raya aku terpaksa mengaharungi final pulak.Takde maknanya cuti raya.Ayahanda ku ada menyatakan hasrat untuk bertandang ke Kuantan untuk bertemu Ayahanda Tofiq, tapi tak diketahui kesahihannya lagi.Sabar ye Tofiq.Kalau takde arah melintang, Insyaallah sampai,boleh ke? Baju raya pun aku tak beli lagi dan mungkin aku takkan gi beli kot, malas la nak gi merayau rayau nie,pakai je la apa yang ada.
Bantam ari tu marah kat aku pasal tak msg budak pompuan tu, aku cakap dia tak layan aku padahal aku yang malas.Tak tau la apsal,Sorila Bantam kalau aku dah memalukan kau.Takde niat pun.Kau jaga jer la family ko tu skrg nie.Orang rumah ko tu baik orang nya.Bertuah badan woi.
Di saat ini, aku masih lagi terperap di Kuala Pilah.Hari Khamis baru nak balik Ke Cyber balik.Semalam sempat la aku menghabiskan masa dengan Syahrin,lama tak jumpa mamat tu.Kitorang gi Bahau ambik angin sana sikit,.Memang lama aku tak jumpa dia nie, hari minggu dia balik aku pulak tak balik, maklumla jadual yang agak jem sedikit.Macam macam la cerita bila dah jumpa nie.Mulox lagi la lama tak jumpa semenjak bergelar usahawan muda.Puas kitorang sms dia tapi takde jawab satu pun.Susah sangat aku pun call dia, katanya agak sibuk jugak jadi usahawan nie.Aku cakap ok la tu,jangan dok termemnung jer dahla.Ko kalau nak berniaga biar betul betul,jangan sekerat jalan jer.Ni keputusan yang ko dah ambik.Teruskan usahamu wahai sahabatku.Malam minggu itu hari aku ngan Syahrin dok berbual pasal si Mulox nie.Kesian ada,marah pun ada gak,terburu buru sangat buat keputusan.Tapi apa boleh buat, dah itu keputusan dia,kitorang boleh bagi semangat jerla kat dia.Patutla sebelum nie dia dok tanya aku selok belok pasal business.Aku pun cakap la,bagusla kalau nak meniaga tapi biar ada modal,pengalamam semua.Bila lagi orang melayu nak ada empayar sendirikan,ni asyik nak nak makan gaji jer sampai bila nak maju.Aku nie pun cakap senang la,besok dah kerja taula nasib.Ntah, aku semenjak masuk MMU nie, kepala otak aku asyik nak set up business sendiri jer, malas tul nak mikirkan pasal kerja makan gaji nie.Tapi kalau nak difikirkan, tak logik pulak kan,lepas grad jer nak terus meniaga, modal takde,pengalaman takde habuk pun takde.Bukan senang nak jadi senang nie..Susah woo.Aku memang respect la kalau orang yang ada cita cita nak mula berniaga nie.Bukan senang woo nak kerja sendiri nie.Apa apa pun syabas Mulox, kau dah berjaya memulakan secara kecil kecilan.Kecik kecik lama lama jadi bukit. Begitu jugak dengan kau Farryna.Keep it up.Biarla orang nak kata apa pun kan.
Aku rasa sampai sini jer la coretan aku,dah tak tau apa aku nak tulis dah.Agak panjang jugak karangan aku nih.Aku ingat cukupla kot.Kang lagi lama lagi aku melalut tak tentu arah.Las sekali aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri.Maaf zahir batin kalau aku ada buat silap ke salah ke gaduh ke kecik hati ke.Ampun banyak banyak.