Tuesday, November 23, 2004

Kembali

Wooow, agak lama aku tidak mengupdatekan benatang nie.Maklumlah raya sakan.Eaah takdelah.Cuma masa memang tidak mengizinkan untuk aku mencoret kenangan disini.Aku menulis sebaik sahaja aku selesai menduduki "final exam".Dengan keadaan yang agak terkebil kebil lagi disebabkan tidak cukup tidur, aku kuatkan semangat untuk tetap jugak menulis disini.

Banyak cerita ceriti yang hendak aku sampaikan disini,ada yang gembira,sedih,terkezut dan macam macam lagi.Cuti raya seminggu memang dihabiskan untuk beraya sakan dan bukannya untuk mentelaah,Raya kali nie aku tak lagi pergi beraya ke Shah Alam rumah Tok aku,nasib baik kalau tak bosan gilosss.Bukan apa, takde rasa macam raya kalau pergi Shah Alam tu.Tok aku kali ni beraya di Kg dan begiu juga makcik makcik aku beraya diKg tahun nie.Selepas setel beraya bersama sanak saudara,tiba giliran untuk beraya bersama rakan rakan di Kg.Tak ku sangka sangka raya kali nie memang beraya habis.Ramai bebudak yang lama tak jumpa,jumpa la masa raya nie.Armi, ko masih lagi macam tu,aku agak kecik hati ngan dia sikit.Masa kat umah Cunna,soalan pertama yang keluar dari mulut dia "ko dah kerja ke belum",Aku tau la aku agak ketinggalan sikit,taula ko tu dah kerja.Tanyala khabar ke,sihat ke, apa ke ,ini takde melulu jer.Lantak ko la Mi.Aku malas nak layan sangat,Tapi aku buat macam biasa jer,takdela aku nak tunjukkan kebenganngan aku kan.Takpela tu hak dia kan untuk tanya aku,jawab jerla..Cunna terima kasih untuk satey R&kK hari tu.Best gilos.Mulox makan sampai balik longgarkan seluar.Kuang kuang kuang.Keesokkannya pulak berhari raya ke rumah rakan yang lain lain.4hari diperuntukkan untuk berjalan raya.Satu lagi ura ura yang diorang nak buat ialah mengadakan perjumpaan old boys TMS kira girl sekali la. Perjumpaan pertama nak buat kat Genting terus, mampu ke.Aku takpe, Taufiq ada kan, tul tak Tofiq.Hehehehe.Apa apa pun mintak mintak jadila program yg nak dibuat nie,sebab masuk nie dah 3 kali dah aku rasa aku dengar ura-ura nie. tapi tak jadi jadi gak.

Taufiq selamat hari Raya walaupun dah seminggu berlalu.Aku ada sms ko tapi tak tau no. phone ko yang baru tu.Maafkan aku.Sorik yer.Lagi satu pasal kes blog ko tu, aku harap ko sabar jerla.Apalah yang diorang takutkan sangatkan?Pelik pulak aku.Kalau tak salah buat apa nak takut kan?Rileks jer.Sapa makan cili,dia la terasa pedaskan?Berapa banyak soalan daa.Aku mula mula tu agak terkejut gak bila pokko call aku malam tadi,aku ingatkan main-main.Tapi memang betul.Dari gaya Taufiq cerita, bunyi pokko agak risau jugak tapi aku percaya ko takkan menyerah kalah.Itu sumer benda kecik jer kan.Lama aku tak jumpa ko,bebudak rumah nie pun sama,sumer tanya pasal ko.Bila la nak belanjar kitorang makan besar.Kerja besar dah ada.Hehehehe.Anyway sabar jer, dan apa apa berita terkini jgn lupa kasik tau sama aku.ok?

Buat Cunna pula, aku tak paham la nak cakap apo.Woi dah dah la tu berayo kek Miri tu, balik la Kg copek.Buat apa duk sana lelama..Tapi hadiah jamgam lupa boli tau.Hari tu ko ada suruh aku baca blog ko dan suruh komen sekali kan.Tak taula nak cakap camna.Satu je soalan dalam otak yang bermain.Ko kurus sebab apo.Betul ke pasal diet ataupun ko terlalu memikirkan masalah tu.Kalau sebabkan masalah tu ko bley jadi kurus, aku ingat lebih baik ko pikir kan botul botul la.Jangan sampai merana badan.Ko dulu punya semangat sekarang boleh jadi setaraf ngan Fizah plak.

K laa. nenanti sambung lagi la.Mata ni dah agak jem nie.Maklumla tak tido dari semalam.Ok c u.Dan satu lagi sebelum aku terlupa, Onen mana ko pergi, selamat Hari Raya woi.

No comments: