Wednesday, July 21, 2004

Beatle

 

 
    Beatle 1964.......

  Kereta pertama yang pernah ku gunakan lebih kurang 5 tahun lamanya dengan hasil titik peluh ku sendiri.Tapi gambar kat atas tu bukan gambar kereta aku la, aku punya gambar tak scan lagi la, scanner takdak, nanti kalau ada masa aku sumbat la.Korang mesti tak percaya kalau aku cakap aku beli kereta ni dulu Rm1600 jer.Keadaanya berbaloilah dgn harganyakan. Tapi aku tetap puas hati. Lepas beli aku habis kan masa lebih kurang 3 bulan me "restore" kereta ni balik. Walaupun aku hantar buat kat workshop member, tiap tiap minggu aku balik kampung untuk tolong member aku ni.Aku lebih suka buat sendiri, puas hati dan boleh ikut suka hati nak usik mana pun. Masa aku banyak habis kat kereta ni daripada aku belajar, diploma masa tu.Dah la ambik course DIA, tak sesuai langsung ngan jiwa aku nie.Ok, bila sumer bahagian body dah siap repair, bahagian enjin plak aku belasah.Bahagian enjin nie memang aku buat sendiri atas didikan pakcik aku tu.Aku pun tumpang guna bengkel dia kat Melaka.Ke Melaka la pulak aku berulang,tapi takpa aku tetap sanggup, mak bapak aku pun risau tengok aku.

 
         Genap 3 bulan, siap la project car aku, tak la seberapa hebat. Walaupun tak seberapa hebat banyak gak duit aku melayang, kengkadang aku terpaksa paw mak aku.Hehehehe, sori ma.
Bila dah siap, aku pakai keter tu bawak balik Shah Alam. Kisah aku tak abis kat situ, mcm mcm kelab aku follow. Member aku pun aku pancing suruh beli, dia beli gak, apa lagi project ke-2 la ngan member aku.Masa aku pakai keter ni aku betul betul banyak pakai duit, aku tak bley tahan bil pegi kedai sparepart VW kat PJ tu.Gila aku...... Tapi takpe, kepuasan tu yang aku mahu. 3 tahun aku belajar lepas tu aku dapat sambung study kat Uni. Of Central Lancahsire sebab aku mintak kat British council tu, tapi sayang nyer aku tak dapat sponsor. Part ni laa yang paling pedih bagi aku, aku terpaksa menjual kereta aku tu menampung sikit lagi duit aku yang tak cukup. Separuh orang tua aku sponsor.Aku malas nak suruh parents aku sponsor semua sebab bukan aku sorang jer yang nak sambung belajar, adik adik aku pun punya cita cita.Jadi aku terpaksa berkorban.Berat hati aku nak jual kereta aku tu yang masih dara. Semenjak aku pakai kereta tu, tak pernah seorang perempuan atau aweks pun yang aku bawak kecuali mak aku. Aku betul betul fall in love with that little car. Orang cakap kereta tu buruk tapi takpa "It's ugly but it gets me there".. Aku terpaksa akur dgn keputusan yang aku terpaksa lepaskan kereta tu. Aku jual kereta tu dengan harga RM18000. Hancurnya perasaan ku ketika itu, tapi apa kan daya demi mengejar cita cita. Berbalik kepada cerita British Council tadi, punya la celaka, tempoh pengajian aku ditambah lagi setahun,bermakna bertambah lagi belanja nya. Dah la tiket flight aku dah beli. Memang celaka. Aku frust gila. Fade up. Malas aku nak pegi dah, kat sini dah kelam kabut, kat sana ntah macam mana pulak. Kecewanya aku, last aku sambung degree kat sini gak. Yang sedih nya kereta aku hilanggggggggg.!!!!!!!

 
      Takpa lah, ini sumer ada hikmah nya kot bak kata orang. Tapi aku macam tak percaya.Mak aku punya kesian tengok aku,macam macam dia nasihat.Aku terpkasa gak terima hakikat, kereta aku dah takde.Susah senang aku bersama kereta tu tak dapat aku lupakan. Aku sayang kereta tu lebih daripada diri aku sendiri. Tapi apa boleh buat, semua tu tinggal kenangan. 

     Aku akan menggantikan kereta itu kembali, itu yang pasti, Insyaallah.... Bersabar je laaa











No comments: