Wednesday, September 01, 2004

Bukit Tinggi,here I come.

Sekarang aku dah berada di Cyber untuk menunggu Taufiq dan kemudian berangkat ke Bukit Tinggi.Letih kenduri hari tu pun tak abis lagi aku dah tambah letih yang baru.Tapi takpela,bukan selalu, kadang kadang jer.Kenduri hari tu memang best gak.Family aku pun semua puas hati,ye la dapat jumpa sedara mara.Anak anak Makteh aku ni pun memang rapat ngan family aku.Kitorang kalau dah berkumpul mesti gelak jer kerja.Macam macam cerita yang timbul.Ayah aku plak kalau jumpa Abang mesti tak berhenti henti berbual.Abang memang ngam ngan ayah aku sebab ayah aku ada jaga dia masa kecik dulu.So no wondering laaa.Ramai jugak anak Makteh yang parent aku jaga,tolong sekolahkan.Itu juga menjadi penyebab yang aku memang rapat ngan diorang.Memang tak dinafikan adik beradik aku memang rapat dengan sedara belah mak aku terutama sekali Makteh la.Belah ayah aku memang jarang sekali kitorang berkumpul dan ayah aku sendiri pun tak seberapa rapat,bukannya ayah aku ada selisih faham ngan diorang,cuma memang kitorang tak rapat jerla, senang cerita.Sedara belah ayah aku ni sumernye kaya raya dan ada juga yang "bertitle".Itu yang agak menyegankan bagi kitorang adik beradik untuk bercampur dengan diorang.Sepupu aku pun jarang dapat jumpa,mungkin terlampau sibuk kot untuk jumpa ngan kitorang ni.Tapi takpe, Makteh ada, cukupla aku rasa bagi diriku.Ahh dahla pasal citer tu.
Lepas kenduri tu,besoknya aku ngan Atam pegi Bahau repair kereta.Aku bersyukur Atam masih jugak seperti dulu,Nasib baik dia tak lupakan aku.Walaupun dia dah berkahwin,tapi tetap maintain.Bini dia pun sporting,dia paham sangat perangai aku ngan Atam ni.Tengah menunggu kereta di repair, Atam tanya "amacam ada respon tak?" aku plak cakap "respon apa".Ooooo rupa rupanya pasal pengapit perempuan hari tu.Nak sedapkan hati dia,aku cakap aku dah mesej dia tapi takde respon.Atam suruh aku mesej dia lagi, aku cakap takpe la,lain kali je la aku mesej.Dia suruh gak.Aku sebenarnyaa malas nak libatkan diri dalam hal hal camni lagi.Last last Atam ambik tipon aku terus dia hantar mesej.Aku dah jem.segan tul aku.Mesej tu plak 5 minit kemudian dibalas.Atam siap tipon bini dia suruh telipon pengapit tu tanya,ada dapat ke mesej aku tu.Aku cakap ni dah kerja karut nie.Aku buat buat layan jerla,buat sedapkan hati Atam tapi sebenarnya aku belum ready lagila.Aku kalau ngan Atam memang aku segan betul.Aku ikut jerla apa dia suruh.Tapi lepas ni malas la aku nak mesej.Pandai la aku carik alasan lain nak kasi tau Atam.Aku kalau setakat nak buat kawan tu ok la lagi, no hal jer.Atam-Atam, pening kepala aku dibuatnya.
Hai si Taufiq ni mana pulak ni, tak sampai sampai lagi,silap silap besok baru pegi Bukit Tinggi kot.Tapi ok gak, bley aku belasah main PS2.Capa pasal PS2, aku nak turun gi main la.Ok
Chioooowwwwww.

No comments: