Monday, June 28, 2004

Back to school

Bismillah...
Hari nie hari pertama lepas sem. break.Masuk masuk U dah ada test menunggu.Union labour lak tu, jem jem kepala. Tak tau la bley buat ke tak,walaupun open book test. Tawakkal je la. Cuti kali nie aku rasa yang paling best sekali sebab aku dapat mengembara dari utara ke selatan. Pegi ke Penang lepas tu Melaka.Disebabkan ada hal aku terpaksa balik ke Kg awal sikit pasal nak tolong adik aku,V6 dia rosak plak.Pegi Muar carik spare part V6 adik aku. Aku kalau bab kereta ni memang mengasyikkan. Sampai bapak aku dulu pernah marah sebab study aku jatuh pasal aku gila sangat dengan kereta. Kereta bagi aku memang satu nikmat, aku pun tak tau la kenapa. Kereta bagi aku segala galanya. Aku memang fanatik terutama sekali kalau yg klasik dan model continental. Model jepun ni kurang sikit. Pakcik aku plak mechanic, so aku belajar la sikit sikit repair kereta. Kalau pasal beetle dari A sampai Z la aku tau. Turun enjin tu aku sorang je bley buat, bunyi cam takbur je kan, tapi tu kenyataan, terima kasih pada pakcik aku atas tunjuk ajar dia. Aku ni kadang kadang macam perangai budak kecik kalau aku tengok satu benda tu terlebih lebih sangat, macam tak pernah tengok. Tapi kan baik kalau dalam diri kita ada sifat kebudak-budakkan. Aku percaya dalam setiap diri manusia tu sendiri tersirat sifat kebudak-budakkan itu sendiri kan. Tepuk dada tanya selera. Aku confirm ada. Korang..... aku tak tau la. Cuti hari tu jugak sekali lagi aku melihat kawan sekolah aku Hisham mengakhiri zaman bujangnya. Ramai gak kawan kawan aku yang sama sekolah dulu dah mendirikan rumah tangga. Tak ketinggalan jugak yang bercouple nya. Kawan karib aku sekarang(yg kejer kat Proton) ni pun dah mula pandai menjinak jinak kan diri menjalinkan hubungan cinta dengan sorang budak perempuan, aku tak kenal sangat sebab dia cakap budak tu sama belajar masa dia kat ITM. Yang sorang lagi tu aku tak tau la ada ke takde awek tapi aku rasa dia pun dah ada sebab dia macam sembunyikkan dari aku la. Elok la, ada jugak peningkatan. Aku jugak yang masih terkontang kanting tapi aku malas memikirkan pasal wanita. Kadang kadang aku pun tak tau la diri aku nie. Makcik aku siap boleh sindir lagi, belajar je tinggi, aweks takkan takde kot. Mak aku tu pun risau jugak tu tapi dia buat buat tak risau je ,aku tau la dia mak aku kan. Umur macam mak aku tu patut nyer dah ada cucu dah. Hehehe. Sabar la Ma. Dia ada citer ngan aku yang adik aku tu pun dah ada aweks. Malu gak aku, tapi buat buat tak malu je la. Biar la adik aku langkah bendul, kalau dah jodoh nak buat cam mana kan. Aku cakap takde diorang tak percaya, tapi apa bley buat tu la kenyataan nyer. Aku malas. Kali terakhir aku menjalinkan hubungan masa aku sekolah dan lepas tu habis sampai di situ. Aku tak salahkan dia, aku yang tak ambil berat benda benda macam nie. Aku pun ....tak tau la nak cakap.Lantak la... Let the time decide.. Pikir pun buat sakit kepala je. Berbalik citer Hisham tadi, jodoh dia dah sampai. Perkahwinan Hisham ni aku follow dari awal dia bertunang sampai ke hari perkahwinan dia, sebab bapak mertua dia tu kawan baik bapak aku dan merangkap sifoo kepada aku kerana aku pernah kerja dengan bapak mertua dia sebagai assistant mechanic di workshop dia. Anak dia ni punya la lawa, untung kau Sham maklum la bapak di nie Cina masuk Islam dan mak dia plak ada iras iras cina. Aku pun dah anggap dia macam pakcik aku sendiri, dia betul betul mendidik aku, macam macam dia mengajar aku pasal kereta. Kereta lagi, korang tengok la, aku ni asyik kereta kereta kereta. Persandingan dia hari tu meriah jugak, adik aku lak jad pengapit untuk penganti perempuan. Konvoi dari rumah pengantin perempuan sampai ke rumah Hisham meriah betul, panjang gak kereta, rumah dioran kira dekat je lebi kurang 2 km je. Ngan rumah aku pun dekat gak la. Aku tengok Hisham seronok jer, maklumlah pengantin baru Pengantin baru la katakan. Aku pun tumpang seronok jugak laa. Jauh dalam sudut hati aku, perasaan malu tu ada jugak, tapi apa boleh buat, sabar je la. Ali, Sam dah ada anak sorang dah, gembira aku tengok orang ada anak kecik nie,ada tempat nak bermain ngan budak kecik dan yang penting ada orang ambil berat pasal diri kita. Aku respect orang yg mendirikan rumah tangga ni, ni bukan kerja main main. Aku betul betul RESPECT.
Dah la.. aku pun rasa malas lagi nak tulis dah, banyak kisah luka lara diriku yang tak tau nak aku ceritakan. Nanti nanti bila senang aku tulis la balik. Ni pun aku tak tau angin apa yang menghembus aku untuk menulis nie. Jumpa lagi. Peace brother.... lastly stop violence against women.... Apa hal lak ni kan?.....kesian la kat pompuan woi.... Satu kempen murni ikhlas dari dalam hati ku.hehee
Wassalam. chow

No comments: