Friday, October 19, 2007

Selamat Hari Raya

Hari ni dah masuk raya ke 7. Pejam celik pejam celik dah seminggu beraya, tapi aku raya ketiga dah masuk melapor bekerja. Apa boleh buat, jadi buruh jepun macam tu la. Apa apa pun selamat hari raya kepada semua sahabat handai ku semua, maaf zahir dan batin. Pokko, maafkan aku sebab banyak kutuk ko dulu, menyusahkan ko dan berbagai bagai lagi masalah yang aku bagi kat ako.Begitu jugak aku, segala kesalahan yang telah ko lemparkan kepada aku, ku maafkan. Duit raya mana.Bagi la sikit, ko punya investment mesti membuahkan hasil yang banyak kan. Apa lah salah nya hulur kat aku yang memerlukan nie.Hahahahah, Gurau jer beb. Aku dengar ko dah nak jadi pegawai, alhamdulillah.aku doakan ko berjaya. Bagusla kalo ko dah dapat kerja tetap, umur ko pun dah semakin tua, aku bangga.Woi datang la Kuala Pilah,nanti ko buleh beli beg Adidas.hahahahahahah lawak betol la ko nie. Datang Kg aku beli beg Adidas, Kat KL tu punya la banyak kedai, kat Kg aku jugak yang ko minat. Ye la, zaman tu zaman jahiliah, btol tak?

Raya nie takde apa apa yang best bagi aku, aku pun terasa keboringannya. banyak menghabiskan masa dengan keluarga belah mak aku. They all are the best. Aku pergi berjalan raya pun mengikut keluarga Mak Teh, enjoy gila. Tahun nie, aku kurang menghabiskan masa dengan kawan kawan ku, mereka puna seakan perasan perubahan terhadap diri aku nie. Aku pun tak tau nak explain macam mana. Aku lebih suka menyendiri la sekarang nie. Kerja balik rumah kerja balik rumah. Insyallah awal tahun depan akan berubah, kerja balik rumah, belajar, kerja balik rumah, belajar. Aku mungkin akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Dua tahap ujian telah ku lepasi, interview yang pertama dan kedua. Nak sambung belajar pun susah, apa la.Nasib baik bos aku support baik punya,macam macam dia advise,dia buleh pulak advise aku suruh tukar course, pikir punya pikir punya pikir, betol jugak apa yg dia cakap,lepas tu tak ku sangka dia pas aku punya application tu ker VP, menggelabah jugak nak menjawap dengan VP. What ever it is, face it. Mintak mintak dapat la aku sambung pengajian aku nie, dah lama aku plan benda nie. Dulu plan punya plan tak jadi, form dah isi, tapi tak dihantar, mana nak dapat. Kadang kadang aku tertanya tanya gak pada diri aku atau pun kat orang lain "Why is it when you get from here to there, you're still here and not there?". Aku selalu plan nak buat macam macam tapi.... tak taula, jadi ker tak ker....? aku pun pening. Cuba korang jawab soalan aku tu tadi. Bley key. Susah gak paradox yg aku tanya tu kan? Aku nak cuba push mental aku nie to the limit. We aim above the mark to hit the mark. Boleh tak boleh tolak tepi, belum cuba beum tau. Kalau dapat sambung, aku rasa tercabar jugak, Isnin - Jumaat kerja, Sabtu - Ahad pegi kelas, mana life aku?.... tu la life aku. Balik keje dah la lambat hari hari. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambamu yang kerdil ini. Sesungguhnya hambamu ini insan yang lemah, lemah selemah lemahnya....... .

YB, aku ada masuk blog ko, ganah mu ganah.Makin hebat aku tengok. Politik ko tu tak tinggal langsung. Dr Mahathir amacam? bagus? Ingat tak dulu kita ada jumpa dia kat Putrajaya, Pasar Ramadhan. Dapat gak aku salam dia, padahal aku bengang tol ngan dia, maklumla, aku kan orang Anwar, hahahaha. Semua yang dia cakap jer aku kutuk, ko pulak tukang kipas. Apa apa pun aku doakan dia cepat sembuh, ko tak pegi melawat dia ker? Projek gi angkasa tu apala sangat, boring la.Kalau tak beli Sukoi hari tu tak lepas la jawabnya. Never mistake motion for action. Tol tak YB. Hadoi la. Ko ada dengar apa apa perkembangan terbaru tentang DSAI. Apa projek dia skrng? Aku dah lama tak memollow perkembangan politik tanah air ni.

Deqya, apa khabar sekarang? sihat? masih kojo dokek Bank Negara tu ko lagi. Bagus la kalau masih kojo lagi, apa citer nak sambung blaja hari tu? dah dapek lom? hari tu Along ada gi bengkel, tak nampak lak Adik. Harap hara adik dalam keadaan sihat dan sejahtera. Jumpa ayah, mak ngan Kak Lang yo hari tu. . Bila nak kahwin? Donga cito nak kahwin, yo ko?

Ok la, ingat nak chow la, penat menaip nie.O ye sebelum aku lupa, citer yang anak aku citer kan tu kan. Ala korang mesti boring nye kot dengar. Apa algi pasal citer kereta la. Apa lagi aku nie kereta kereta kereta... tak abis abis. Bukannyer apa, aku ada buat arrangement untuk company hari tu, beli Lexus 460 SL untuk E.D kitorang, korang tau braper harga kereta tu? RM 860,000.00.Gilo betol. Dahsyat. Ichihara san yang pakai. 860 million man. What is that. Masa delivery tu, aku yang pegi ambik ngan driver dia, fuh tak ingat betol. Korang nak tau lebih lanjut korang google lah. Driver dia pulak masa nak balik tu suh aku duk blakang, aku segan gak nak duk belakang, dia cakap duduk jer kalo ko nak rasa. Siap ada massage tu kat blakang, DVD player sendiri, korang tengok la dalam website dia. Aku yang anti kereta jepun ni terharu la bila naik.hahahaha. Untung la ko Ichihara san, bagero tol. Tapi apa apa pun aku orang pertama yang rasmi keter tu. yehaaa, Timer kasih bang Badri sebab bagi aku peluang hari tu, appreciate it. Showroom dia pulak kat Mutiara Damansara tu, Masyaalllah, tak ingat punya. Reubern, manager dia ada offer aku kalo nak beli keter Lexus, bagi tau dia, boleh arrange.Aku cakap, mati hidup balik pun aku tak mampu nak beli kot. Macam macam orang yang aku jumpa bila aku keje ngan Jepun nie. Tapi Jepun ni, dia akan carik benda benda jepun jugak balik, langsung taknak cuba benda keluaran lain. Senang cakap keluar duit jepun masuk poket jepun balik. dia takkkan carik orang lain, tu la kelebihan diorang nie.Tapi ada gak non japanes product that they will go for.

Oklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Bos aku pun dah nak chow gi minum jap kat Starbuck, Pokko jgn marah, aku lepak Starbuck. Alaa bos belanja, kalo harapkan aku nak pegi takde la, sori beb. Layan nostalgia bos aku la, dia suka gak citer kisah kisah hidup dia tu kat aku.Banyak gak pengajaran yang buleh aku ambik pakai. She's a good boss. Very very very good boss. Long live the boss. Salute you.

Salam..........jumpa lagi, tak tau bila, maybe next year...

AUDI rulessssssss.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

No comments: