Saturday, July 31, 2004

Minggu bersukan

Minggu bersukan.....


Minggu ni, minggu bersukan bagi ku. Hari tu main badminton kat Putrajaya, main ngan chort,Adam,Ucop,Azam ngan klik klik biasa aku la.Kalau ada Taufiq mesti lagi best.Kitorang dah mula nak rapat ngan budak FCM tu. Tadi lak gi main basketball sampai ke maghrib,punya lalesu badan aku malam nie.Tapi takpe la, segar skit badan. Semalam Pokko balik gi kelas,tapi lepas tu balik balik Kuantan, apa la projek dia kat sana kot.Mesti ada yang best aku rasa.Boring gak aku dia ni takde kat sini.Kalau tak bley gak aku kacau kacau dia.Letih tul hari nie,pas Sembahyang JUmaat tadi gi temankan dia gi hantar keter gi repair.Power window dia rosak,apsal la Waja punya power window tu pakai plastik,heran betul aku.Mahal lak tu, tah apa apa ntah.Proton biasala masalah camtu,kira standard la .Malas la nak menulis malam nie, lagi pun aku tngh main yahoo pool ngan baim ngan Jalil, lain kali sambung la.


Ok Chow..

Thursday, July 29, 2004

Tilik Nasib

Tilik Nasib...


 Malam ni ntah apa punya gila aku join bebudak ni main kad. Main punya main sampai boring lepas tu bebudak ni main tilik nasib pulak pakai daun terup tu.Aku, Sopie, Baim,Heikal,Chort,Adam,Ucop pun cuba la tengok nasib.Tok dukun dia Dol ngan Jalil.Tilik nasib ni pasal jodoh je.Aku pun test la nasib aku.Aduh kelakar betul la.Bebudak nie cakap buleh tahan jugak la assumption dia tu,kira kena dengan diri dia la. Aku punya tilik pun boleh tahan gak, memang boleh pakai la.Nak percaya sangat pun buat apa kan. Main main je la.Saja je boring dah takde kerja.Tapi memang kelakar dan memang best.Aku ingat si Dol ngan si Jalil buleh tukar Master Chin dekat CM tu la.Si Master Chin tu pun ak bley carik makan kot.

     Wahahahhahahahha.
     Tilik tilik jugak,tapi jangan la over sangat kan.

Gracias....Graciass.......



Tuesday, July 27, 2004

Sapa berani Buat

Sapa berani buat? 

  
 
Ada sapa sapa yang tau bikin chop top nie, kalau ada contact aku. 





Tidak ada menggunakan special effect di sini ye.




Friday, July 23, 2004

Bangang

                    Semalam aku betul betul jem. Sakit kepalo betul aku dibuatnya. Ntah apa yang tak kena pun aku tak tau. Petang semalam aku tengok result test aku, aku gagal dngn cemerlang nyer. Macam babi. Tapi takpe la, aku tahan je la.Nak marah marah pun tak guna. Lagipun masa test tu aku dapat jawab 2 setengah soalan je daripada 4 soalan. Memang jembalang tanah btul. Aku tak salahkan sesapa pun,salah aku jugak. Tapi aku risau gak, aku tak mau peristiwa masa aku ambik diploma dulu berulang balik.Aku pernah bercuti 2 sem sebab tension sangat. Satu sem aku buat mcm aku pegi kuliah macam biasa, tapi sebenarnyer aku buat keje lain. Merayau tak tentu arah ngan keter buruk aku tu. Tapi aku bersyukur pasal aku tak terlibat ngan kejer kejer haram. Sampai satu masa tu aku tak boleh tahan nak menipu orang tua aku, aku pun terus terang ngan diorang.Apa lagi macam macam yang keluar dari mulut diorang,tapi aku tak melawan pun dan aku tak akan melawan.Aku biar je diorang marah aku tapi lama lama diorang pun paham.Aku dikehendaki mengambil cuti satu sem oleh koordinator aku. Aku pun cuti la satu sem duk kampung. Duk Kg aku betul betul relax, tenang kepala otak.Aku kalau duk KL ni tak tau la nak cakap, sakit hati je memanjang. 
   

                Petang tu aku chow gak, niat dihati nak balik Kg. so Taufiq pun antar aku kat stesyen komuter, tapi last last aku gi KL jumpa sepupu aku.Dia ni memang sepupu aku yang paling best, paham masalah aku, tak kira la dari masalah kewangan hingga ke masalah peribadi.Dia memang BEST.So aku pun pi KL.Sampai KL aku turun kat CM,saja je, dah lama tak pie sana lagi pun aku nak pi cucuk duit skit.Dah kering.Pas tu aku ronda ronda la kat CM tu, punya la setan mana paw aku.Gampang,sial,celaka,lancau betul mamat dua ekor nie.Dia ingat aku ni anak orang kaya ke.Babi punya orang.Kalau ikut kan hati aku nak terajang jer dia kat situ,tapi dia lak dua orang pastu pakai pisau lak, aku pun pikir dua kali nak melawan,kang tak pasal pasal mampos lak aku kat tepi jalan tu.Aku malas la nak gadu gaduh nie,ada pepatah mat saleh mana ntah cakap "the best victory in war is no war". KL ni pun bukan bley percaya sangat.Perkara bunuh membunuh ni dah jadi rutin harian diorang kot. 
    
  
             Aku memang hangin betul, dah la petang tu aku dah jem ngan result aku tu, pastu timbul lagi masalah.Allah, seksa betul aku dibuatnyer.Kalau aku balik Kg tadi terus mesti tak jadik punya hal nie.Aku dah malas nak pegi cucuk duit, banyak tak banyak 100 aku lesap macam tu jer.Nasib baik la handphone aku dia tak kebas, wallet aku dia tak ambik dia ambik duit jer.Kebetulan pulak sepupu aku tu call aku, nasib baik la dia call aku suh aku datang ofis dia.Aku pun berbekalkan duit duit syiling, naik LRT gi KLCC jumpa sepupu aku tu.Aku dengan kepala otak beserabut ajak sepupu aku balik Kg. terus.Mula mula tu memang aku malas nak balikKg. tapi dah hari tu aku rasa cam sial jer.Aku pun ajak la dia balik.Dia follow jer, memang di ni baik hati betul la. Malam tu jugak aku cabut ke Kg dgn sepupu aku tu lepas dia habis kerja.Bulan 8 ni dia nikah, aku plak yg jadi bestman dia tu, boring betul la aku bab bab macam nie.Tapi buat jerla, dia pun banyak jasa kat aku, tak terkira. Lepas kahwin ni tak tau la,macam mana aku punya relationship ngan dia.Mungkin susah kot nak jumpa dah,terkontang kanting la aku jawab nyer.Balik Kg. ingat bley relax, tengok tengok mak aku mintak tolong buat kerja ofis dia,aduh letih betul, tapi aku buat jer, kalau aku tak tolong sapa lagi nak tolongkan. Lagipun dapat pahala, letih pun tapi aku puas hati dapat tolong dia. 
     

               Dah la, aku rasa macam malas nak tulis lagi la, mood aku tak berapa elok lagi ni aku rasa,tapi aku tak pernah tunjukkan kat orang.Aku rasa orang tak pernah tengok aku masam ke,menangis ke merajuk ataupun apa je.Orang hanya melihat aku tersenyum aje. Aku bukan apa tak mau orang lain terlibat ngan masalah aku, tu jer.Mungkin orang akan terperanjat ngan apa yang aku tulis kali ni kot.Tapi relax, jangan takut,aku takkan marah korang nyer.
  Dah laaaaa, bosan laaa.    

                  BAAAAAAABBBBIIIIIIIIIIIIIIIIII